Tuesday, May 12, 2015

KRABI #Phiphi Island Tour #vacaywithkekasihgelap2015 #Day 2

Hari ke-2 di Krabi - Phiphi island Tour. kenapa pilih phiphi island? sebab terpengaruh ngn Leornardo De' Caprio! hihihihi... 
LDC pernah shooting filem The Beach kat sini. tu yg bersungguh nak tgk.coz ramai yg komen Phiphi island ni cantik. Actually ade banyak lagi pakej lain cam 4 islands dsb. 
Untuk pakej Phiphi island ni kitorang dah ambik siap2 masa kat airport...takut x sempat beli coz kitorang sampai dah petang. Harga pakej yg kitorang dapat 1150bht (-/+ RM135) per person untuk tour 7 islands. Ni harga naik speedboat kalau naik longtail lagi murah cuma....lagi lambat la kita sampai.Pakej ni start kul 8.30am-4.30pm.

Btw, korang x yah risau sangatla klu x beli pakej tour lg...nnt sampai Aonang belambak kedai jual. survey la mana yg korang suka. paling murah boleh dapat dalam 1000bht (-/+ RM117) tuk phiphi island tour, 

n 600bht (-/+RM70) utk 4 islands tour. Biasa diorang akan letak sampai 1800bht - 2200bht (bergantung pd pakej) pandai2 la bodek.

So seawal 8.00am kitorang dah tunggu kat lobby hotel. mmg tak susah coz agen tour akan jemput kita kat pintu hotel.dengar jela nama kita kena panggil or dia baca nama agen n no.resit. alert sikit la coz mmg ramai agen2 yg datang nak jemput customer masing2.

n then kita akan dibawa kat tepi pantai tuk briefing n naik bot.

tour guide tgh explain route n safety

jalan sikit pergi kat boat


scenery yg cantik sepanjang perjalanan



1st stop:- BAMBOO ISLAND
aktiviti :- selfie/mandi-manda/snokeling

tulis nama atas pasir...huh klise betul! hahaha

bergaya poyo dgn tangan pengko....huhuhu

pantai yg bersih n cantik








































2nd stop:- VIKING CAVE
aktiviti : ambik gambar n tengok je (kena ambik pakej lain kalau nak masuk cave ni)

gua yg terletak ditengah laut.

















3rd stop :- PILEH BAY
aktiviti:- berenang2 ditepian/ambik gambar/snokeling 
tempat ni mmg lagoon yg cantikkkk!!! teruja gile! 




cantik kan? air kehijau2an dicelah2 batu2 besar. so amazing!! 

cuma kena hati2 skit turun kat sini coz banyak batu2 kat bawah.


4th stop :- MAYA BAY ( tempat shooting leornardo de caprio :p)
Aktiviti :- Mandi manda

















disebabkan ramai sangat org kat sini..kitorang x singgah tgk dari jauh je. rasanye tourist guide ni malas nak singgah dah. dia dah boring hari2 pergi...huhuhu...


5th stop : lunch buffet @ PHIPHI DON
Aktiviti : Makan tengahari, ke toilet dsb.

untuk makluman pakej yg kitorang ambik tu dah 
disediakan skali lunch halal. so diorang akan berenti 
kat tempat ni n kita boleh lunch di salah sebuah 
restoran halal kat sini.
Makanan yg disediakan ada local Thai foods n Western.

6th stop: sekitar PHIPHI DON
Aktiviti: Snokeling














komen:- agak boring snokeling kat sini coz ikan lambat nak nampak. pastu dasar laut dia dalam sikit so coral2 pun x berapa nampak. x tau la kalau mata kitorang yg rabun...hihihi


7th stop:- ??? (macam xde je..tourist guide x bawak kot) 
huh! 
takpun just tengok2 gitu diorg consider dah stop.
tapi kitorang pun dah pening2 rasa nak mabuk so semua
org pun senyap je n balik je la...

so kesimpulannye..BEST! tempat mmg cantikkk sgt. kalau korang nak tgk scenery yg cantik boleh pilih 
Phiphi island tour ni. kalau nak stop lama2 skit..
mandi manda, snokeling...boleh pilih 4 islands tour. 
diorang akan bawak pergi pulau2 lain.

next??? bersambung.....







No comments:

Post a Comment