Tuesday, May 19, 2015

KRABI 3 #Kayak @Ao Thalane #vacaywithkekasihgelap2015 #Day 3

Hari ke-3 . untuk harini kitorang pilih kayak. saja nak ambik yg adventure sikit. untuk pakej ni kitorang beli kat tour agent kat sekitar hotel je. harga pakej 600thb (-/+ RM70) untuk halfday tour. Harga ni termasuk insurans.
Macam biasa tunggu je kat lobby tour guide akan datang ambik.

perjalanan nak pergi Ao Thalane ni ( tempat berkayak) lebih kurang 40 min - 1 jam. adoii lama plak nak naik truck ni dah la driver bawak ntah macam hape. serius pening! mabuk ! sampai2 aku g toilet termuntah. huhuhuhu...

tp lepas tgk kayak rasa bersemangat lak..coz mmg dah lama x main kayak ni. actually bukan main kayak yg teringin sgt...kat malaysia pun banyak kan.....tapi just nak rasa experience berkayak kat sini ngan pemandangan2 yg cantik.

before start...dgr briefing dulu
awal2 semua orang bersemangat...
biasa la kan awal2 mesti semangat tgh kuat.. lama2 makin x tentu arah.. hahaha
dah malas2 nak kayuh
posing gaya superstar
hihihi... bile semua dah penat macam2 gaya bole tgk. 
1st stop time kayak ni kat paya bakau...tour guide pun explain la ape2 yg patut.
semua khuyuk dengar.
macam biasa la kat tempat org kan jgn nak memandai2. kalau guide berenti kite pun berenti la.klu dia suruh jalan pusing sikit... ikut je jgn nak pandai2 shortcut.... silap2 kayak kita tersekat kat pasir sbb air cetek. dah 1 hal nak turun tolak2 lak.

2nd stop..kitorang berenti kat beting pasir kat tgh2 ni. kat sini ade lubang2 ketam n yg paling banyak nampak tapak sulaiman. 

penat wei kite rehat duluuu

ni tour guide yg sibuk nak bergambar ngn kitorang... :p

tapak sulaiman yg banyak kat sini.
lepas berenti kat beting ni kitorang teruskan masuk kat celah2 batu2..cantik dalam ni...tapi laluan agak sempit sikit...so susah nak ambik gambar sbb aku ddk belakang sibuk nak control kayak...nak harapkan Mekna mmg habis semua dia langgar karang...hahahaha...

laluan nak masuk kat celah batu


terus  kayuh lagi...sampai plak kat paya bakau yg sempit gak...tp mmg cantik. pastu sempit2 tu kena bt uturn plak coz jalan mati...

tak suka duduk tepi uncle sebelah ni...suka tolak2 org janji dia dapat lalu..huh!
dah habis semua stop kitorang pun patah balik...sampai jeti kayak dah tengahari buta...mmg sengsara rasanye nak menghabiskan kayuhan. 
sesapa yg ambik pakej full day tu ade lagi la aktiviti diorang...kitorang dah x larat! nak balik! nasib baik ambik half day tour je.
muka dah rentung...tangan macam rasa nak patah...huuuu mesti carik massage!!!

so kalau sesiapa yg nak percutian yg rilex...jgn sesekali ambik kayak ni! sapa yg suka adventure sikit boleh ambik ni..walaupun penat tahap gaban...tapi mmg puashati!!!

next??? bersambung....


No comments:

Post a Comment