Tuesday, May 19, 2015

KRABI 3 #Kayak @Ao Thalane #vacaywithkekasihgelap2015 #Day 3

Hari ke-3 . untuk harini kitorang pilih kayak. saja nak ambik yg adventure sikit. untuk pakej ni kitorang beli kat tour agent kat sekitar hotel je. harga pakej 600thb (-/+ RM70) untuk halfday tour. Harga ni termasuk insurans.
Macam biasa tunggu je kat lobby tour guide akan datang ambik.

perjalanan nak pergi Ao Thalane ni ( tempat berkayak) lebih kurang 40 min - 1 jam. adoii lama plak nak naik truck ni dah la driver bawak ntah macam hape. serius pening! mabuk ! sampai2 aku g toilet termuntah. huhuhuhu...

tp lepas tgk kayak rasa bersemangat lak..coz mmg dah lama x main kayak ni. actually bukan main kayak yg teringin sgt...kat malaysia pun banyak kan.....tapi just nak rasa experience berkayak kat sini ngan pemandangan2 yg cantik.

before start...dgr briefing dulu
awal2 semua orang bersemangat...
biasa la kan awal2 mesti semangat tgh kuat.. lama2 makin x tentu arah.. hahaha
dah malas2 nak kayuh
posing gaya superstar
hihihi... bile semua dah penat macam2 gaya bole tgk. 
1st stop time kayak ni kat paya bakau...tour guide pun explain la ape2 yg patut.
semua khuyuk dengar.
macam biasa la kat tempat org kan jgn nak memandai2. kalau guide berenti kite pun berenti la.klu dia suruh jalan pusing sikit... ikut je jgn nak pandai2 shortcut.... silap2 kayak kita tersekat kat pasir sbb air cetek. dah 1 hal nak turun tolak2 lak.

2nd stop..kitorang berenti kat beting pasir kat tgh2 ni. kat sini ade lubang2 ketam n yg paling banyak nampak tapak sulaiman. 

penat wei kite rehat duluuu

ni tour guide yg sibuk nak bergambar ngn kitorang... :p

tapak sulaiman yg banyak kat sini.
lepas berenti kat beting ni kitorang teruskan masuk kat celah2 batu2..cantik dalam ni...tapi laluan agak sempit sikit...so susah nak ambik gambar sbb aku ddk belakang sibuk nak control kayak...nak harapkan Mekna mmg habis semua dia langgar karang...hahahaha...

laluan nak masuk kat celah batu


terus  kayuh lagi...sampai plak kat paya bakau yg sempit gak...tp mmg cantik. pastu sempit2 tu kena bt uturn plak coz jalan mati...

tak suka duduk tepi uncle sebelah ni...suka tolak2 org janji dia dapat lalu..huh!
dah habis semua stop kitorang pun patah balik...sampai jeti kayak dah tengahari buta...mmg sengsara rasanye nak menghabiskan kayuhan. 
sesapa yg ambik pakej full day tu ade lagi la aktiviti diorang...kitorang dah x larat! nak balik! nasib baik ambik half day tour je.
muka dah rentung...tangan macam rasa nak patah...huuuu mesti carik massage!!!

so kalau sesiapa yg nak percutian yg rilex...jgn sesekali ambik kayak ni! sapa yg suka adventure sikit boleh ambik ni..walaupun penat tahap gaban...tapi mmg puashati!!!

next??? bersambung....


Tuesday, May 12, 2015

KRABI #Phiphi Island Tour #vacaywithkekasihgelap2015 #Day 2

Hari ke-2 di Krabi - Phiphi island Tour. kenapa pilih phiphi island? sebab terpengaruh ngn Leornardo De' Caprio! hihihihi... 
LDC pernah shooting filem The Beach kat sini. tu yg bersungguh nak tgk.coz ramai yg komen Phiphi island ni cantik. Actually ade banyak lagi pakej lain cam 4 islands dsb. 
Untuk pakej Phiphi island ni kitorang dah ambik siap2 masa kat airport...takut x sempat beli coz kitorang sampai dah petang. Harga pakej yg kitorang dapat 1150bht (-/+ RM135) per person untuk tour 7 islands. Ni harga naik speedboat kalau naik longtail lagi murah cuma....lagi lambat la kita sampai.Pakej ni start kul 8.30am-4.30pm.

Btw, korang x yah risau sangatla klu x beli pakej tour lg...nnt sampai Aonang belambak kedai jual. survey la mana yg korang suka. paling murah boleh dapat dalam 1000bht (-/+ RM117) tuk phiphi island tour, 

n 600bht (-/+RM70) utk 4 islands tour. Biasa diorang akan letak sampai 1800bht - 2200bht (bergantung pd pakej) pandai2 la bodek.

So seawal 8.00am kitorang dah tunggu kat lobby hotel. mmg tak susah coz agen tour akan jemput kita kat pintu hotel.dengar jela nama kita kena panggil or dia baca nama agen n no.resit. alert sikit la coz mmg ramai agen2 yg datang nak jemput customer masing2.

n then kita akan dibawa kat tepi pantai tuk briefing n naik bot.

tour guide tgh explain route n safety

jalan sikit pergi kat boat


scenery yg cantik sepanjang perjalanan



1st stop:- BAMBOO ISLAND
aktiviti :- selfie/mandi-manda/snokeling

tulis nama atas pasir...huh klise betul! hahaha

bergaya poyo dgn tangan pengko....huhuhu

pantai yg bersih n cantik








































2nd stop:- VIKING CAVE
aktiviti : ambik gambar n tengok je (kena ambik pakej lain kalau nak masuk cave ni)

gua yg terletak ditengah laut.

















3rd stop :- PILEH BAY
aktiviti:- berenang2 ditepian/ambik gambar/snokeling 
tempat ni mmg lagoon yg cantikkkk!!! teruja gile! 




cantik kan? air kehijau2an dicelah2 batu2 besar. so amazing!! 

cuma kena hati2 skit turun kat sini coz banyak batu2 kat bawah.


4th stop :- MAYA BAY ( tempat shooting leornardo de caprio :p)
Aktiviti :- Mandi manda

















disebabkan ramai sangat org kat sini..kitorang x singgah tgk dari jauh je. rasanye tourist guide ni malas nak singgah dah. dia dah boring hari2 pergi...huhuhu...


5th stop : lunch buffet @ PHIPHI DON
Aktiviti : Makan tengahari, ke toilet dsb.

untuk makluman pakej yg kitorang ambik tu dah 
disediakan skali lunch halal. so diorang akan berenti 
kat tempat ni n kita boleh lunch di salah sebuah 
restoran halal kat sini.
Makanan yg disediakan ada local Thai foods n Western.

6th stop: sekitar PHIPHI DON
Aktiviti: Snokeling














komen:- agak boring snokeling kat sini coz ikan lambat nak nampak. pastu dasar laut dia dalam sikit so coral2 pun x berapa nampak. x tau la kalau mata kitorang yg rabun...hihihi


7th stop:- ??? (macam xde je..tourist guide x bawak kot) 
huh! 
takpun just tengok2 gitu diorg consider dah stop.
tapi kitorang pun dah pening2 rasa nak mabuk so semua
org pun senyap je n balik je la...

so kesimpulannye..BEST! tempat mmg cantikkk sgt. kalau korang nak tgk scenery yg cantik boleh pilih 
Phiphi island tour ni. kalau nak stop lama2 skit..
mandi manda, snokeling...boleh pilih 4 islands tour. 
diorang akan bawak pergi pulau2 lain.

next??? bersambung.....







Friday, May 8, 2015

KRABI #Night Market #vacaywithkekasihgelap2015 #Day 1 #Part 2

Kelembapan 'berukband' ni membuatkan mood terbantut nak berkarya huh! (feeling annoyed) :p 

ok kita sambung crite di Krabi..After mandi2 golek2 jap kitorang pun turun. kitorang nak g Night Market kat Krabi Town. Tapi jauh! kena ambik cab atau sewa motor. Naik cab 20baht (-/+ rm23)..
apa barang naik cab kan...sewa motor la...ni la masanye bole naik motor x yah ade lesen n x pakai helmet..hihihi...tp kena tggal 1 passport.

Harga motor sewa ni bergantung pada cc motor...paling murah 20baht la..skuter comel tu, untuk sewa 1 hari. kita boleh bawak balik hotel.after sehari baru pulangkan n isi minyak balik. 
motor2 kat sini senang nak bawak coz automatik. xde nak masuk2 gear or clutch. org kampung cam aku ni apedehal kan...x kan la x pandai naik motor... :p

So kitorang pun redah krabi naik skuter.ikut signboard cari Krabi Town. berbagai2 jalan kitorang lalu..yg terang...yg gelap...yg sibuk..yg lengang..
bermacam2 org kitorang tanya jalan...masing2 cakap 'go straight' go straight'. ade gak yg ditanya tp lari. ade yg jawab bahasa thai. aisyyy bile nak sampai ni? jauh sgt rsanye...ingat sesat jalan dah. 

go straight punye straight sampai gak kat town...tapiiiii... x jumpa Night Market lak.berpusing2 la kat town. Hampir give up! 
pastu aku cakap kat Mekna..'Cuba bukak waze'....
waze pun tunjuk jalan....aku ingat kalau jalan kaki adela 20 tapak kot dah sampai night market. hahahaha....sengal! kalau dari awal bukak waze kan senang. xdela sesat barat.
Tapi mmg jauh pun night market ni..rasanye adela 20km++ kot dr Aonang klu x sesat pun.

tak gerak2 orang ni
kat entrance pasar ni kite akan disambut oleh abang ni. Ni bukan patung tau..tapi dia x bergerak2 langsung walaupun badan kena lukis2 n orang sentuh2. gile terror!

Mekna pun nak ambik kesempatan...hahaha
Kat sini gak ade persembahan main alat2 muzik tradisional, jual2 pakaian, souvenir, makanan yg macam2 n sedap. Kecik je pasar ni sebenarnye tapi sangat happening n ramai pelancong.


budak2 yg main alat muzik tradisional

Macam2 jenis makanan pelbagai rupa n bentuk. Ada makanan halal kat pasar ni..so bolehla beli....kalau tak telan liur jela....


ni jelly yg macam2 bentuk n colour..comel sgt

ni tgh buat gula kapas...sama je kot mcm kat msia

ade macam2 bekas minuman yg cantik cth macam kat gambar atas ni. tapi kena hati2 n tengok betul2..coz yg atas ni haritu diorang jual arak letak dalam bekas ni. nampak cam jus nenas je kan.

Kat Msia takde jual kelapa sebijik letak ais camni 


Pakcik atas ni tengah masak Phad Thai..ala2 macam kuew teow tapi saiz mee kecik sikit n kenyal2. sedap gak. mesti cuba!

kat pasar ni kitorang beli makanan je. coz ingat nak datang lagi last day baru shopping. 
semua makanan yg kitorang beli sedap. Kuih Pulut kacang, pulut pisang, pulut udang dia mmg terbaekk. Phad Thai pun sedap. Ayam goreng pun sedap! mcm x pernah jumpa ayam grg kan...x tau la sebab lapo agaknye ..hehehe...

next - kita crite pasal tour lak.











KRABI #vacaywithkekasihgelap2015 #Day 1 #Part 1

24/4/2015 - Haritu gi cuti kat Krabi..biasala ngan kekasih gelapku (si Mek Na tu) yg mungkin dah jadi kekasih rentungku lepas balik dr krabi ni...sunburn! huhuhu.....

actually kitorang pergi  time masing2 tgh busy...aku ngn nak handover project yang MekNa ngn closing accountnya..hari pergi tu kitorang still kerja halfday n macam2 hal la before g airport balik keje lambat la, jem la, kereta rosak la ape la...nasib baik sempat sampai.


ready tuk berterbangan
kali ni kitorang dapat tiket agak murah RM186 return! menarik kan...
Lebih kurang 1 jam 15 min sampai kat krabi. 1st sampai airport mesti cari simcard dulu.penting! baru leh upload kat FB n IG kan hehehe...
Airport krabi agak moden gak n kecik je so senang je nak carik ape2 yg patut.

Pastu kitorang carik shuttle bus untuk ke hotel(ada tiket counter kat airport). Hotel kitorang kat Aonang (tempat transit tuk ke pulau2). Jarak Aonang dari airport dalam sejam naik bas. harga tiket bas 150baht -/+ RM18 mahal sikit dari tahun2 lps coz sekarang ni currency RM dah teruk.

kalau naik teksi dalam RM70. jangan risau nak naik bas ni....sebab sgt convinient n akan hantar kite direct sampai hotel. so untuk org2 yg main redahhh je macam kitorang ni naik bas jela lagi save n safe.

Senang je nak kemana2 kat krabi ni walaupun 1st time datang coz public transport senang nak carik...hantar n ambil kita sampai depan hotel.


shuttle bus
shuttle bus ni akan tunggu depan pintu airport... selesa je coz xde orang berdiri or bersumbat macam sardin.

Sampai kat Aonang...huuuu terujanya kedai2 tepi laut.tapi sebelum terjun laut tu kita check in hotel dulu..

Nama hotel kitorang ni I-Check Inn hotel. Hotel biasa2 je tapi baru. terletak in between pantai Aonang n Naphorattara. tidak sah lagi! x tersalah pilih.. coz turun2 hotel je dah ada kedai2 jual baju2, souvenir, 7elevan n gerai2 makanan halal. 
so tak susah la susah nak makan kan....tuuuu yg paling penting! hihihi... n kalau nak jalan kaki ke pantai pun lebih kurang 10 min je dah sampai kat Naphorattara Beach.





Haaa...cool gak kan...wpun kena naik tangga tapi ok la puas hati. Harga untuk 3 malam kitorang booked ni RM322. jom tengok bilik lak.

bilik air 

sampai2 dah lanyak dulu,,,hihi
view dari balcony

kedai2 bawah hotel
ok kan? yang penting senang nak access kemana2.. macam gambar kat atas ni kedai untuk package2 tour sekali tempat sewa motor. mmg senang..
kat area hotel kitorang ni agak tenang lagi...n kalau korang nak yg lagi happening... banyak kedai2, boleh cari hotel kat area Aonang Beach n Pekan Aonang. Actually mmg x jauh antara Aonang Beach n Naphorattara Beach ni.sebelah2 je..tapi kalau jalan kaki jauh gak la...hihihi..
K nnt cerita kat night market!

Friday, January 9, 2015

Short Trip #BANDUNG - Day 2 - Part 2

Sorry la guys...mmg lama tul crite ni nak sambung kan... :p ampunnnnn...

k la tuk mempercepatkan crite habis jom kite mulakan sambungan kisah yg tergendala ni...

After g Pasar Baru tu kitorang pun pergi Kartika Sari. Bukan nak jumpa cewek ye...ni kedai kek yg famous kat Bandung ni. Kek pun sedap2. ade macam2..biasanye org suka beli kek lapis n brownies kukus. 


brownies kukus with almond
ni la dia antara yg laris dipasaran..hrga brownies ni sebiji -/+ RM10 la. 

Pastu disebabkan teringin nak makan mee kocok, kitorang pun makan je dgn selambenye kat gerai depan Kartika sari ni. ade sesetengah org mungkin agak memilih tempat makan ni. lagi2 kat negara org. kitorang ok je as long as halal n bersih.
Mee Kocok ni mcm mee sup gak...cuma diorang letak kulit lembu.kalau kat msia selalu mee sup letak perut lembu.


Layan Mee Kocok...sempoi je

dah kenyang kitorang pun gerak ke Rumah Mode tuk misi shopping seterusnye.actually more to window shopping je...coz duit kitorang dah habissss!!! huhuhu...kad plak x dapat aktivkan time tu...malang2...so dapatla sorang sehelai je baju..jadilah...
tp umah mode ni selesa la tuk shopping brg2 branded ngn harga yg agak murah..jom kite tgk gambar jela.



tetiba gambar toilet kan.....hehehe...saja nak tunjuk design toilet kat sini...kat blakang terbuka je...dinding yg blakang tu..jaraknye lebih kurang 1 kaki kebelakang....rasanye kalau kite guna monopod mungkin leh selfie ngn org sebelah....hihihi...
kat toilet pun bolehhhh

ni la baju yg mekna menangis2 nak beli :p

dapat la beli sehelai..dah habis duit...huhu

luar Rumah Mode
tula dia sehelai sorang baju yg kitorang dapat beli...kesian btul...okla bt kenang2an...
pastu kitorang pun terus je balik hotel...coz esoknye flight pagi2..... kul 5 pagi dah nak kena keluar.

Bandung 6.00 am dah macam pukul 8.00am kat malaysia

berselfie ngan baju baru beli...hihihi

Nak dijadikan cerita...kitorang x perasan yang kat boarding pass xde tulis baggage 20kg. actually aku ade ambik n dah bayar pun...tapi tak masuk dalam sistem. last2 kitorang kalut kat airport coz tak cukup duit sbb nak kena bayar balik semua termasuk tax n bag. Nasib baik la ade stanby RM.. so keluar balik dari boarding area g carik money changer...
b4 that beg aku kena punggah ngn kastam...detact fridge magnet je rupa2nye...tak pasal2 nak kena kemas balik..
dah la aku sakit pinggang x leh jalan sgt...airport xde troli...yg kitorang punye brg shopping dah berkilo2...huhu..macam2 hal!

Apepun alhamdulillah dapat balik malaysia....x kena tahan kat airport.... klu tak jumpa la kitorang jd bibik cleaner kat airport Bandung..hahaha....

So next trip kite nak g mana???